Dua rentung kereta dinaiki terbakar di susur keluar Lebuhraya DUKE

LocalCars
27 Jun 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua rentung kereta dinaiki terbakar di susur keluar Lebuhraya DUKE

KUALA LUMPUR, 27 JUN: Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di susur keluar Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.20 pagi.

Menurut kenyataan JBPM, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sri Hartamas telah dikerah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan terbakar dengan tiga mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Dua mangsa ditemukan rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.

JBPM memaklumkan punca kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved