Dua rentung kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

19 Jan 2026 • 7:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini pada Isnin. FOTO: Bomba

JITRA - Dua individu ditemukan rentung dalam sebuah kereta yang terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini pada Isnin. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.05 pagi.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari BBP Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian dengan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi kejadian.

"Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civid FD dan api sedang marak.

"Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat dua mangsa rentung di dalam kereta terbabit.

"Bagaimanapun, jantina atau identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini," katanya di sini pada Isnin. 

Noor Azhar berkata, api berjaya dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved