Dua rumah rosak akibat tanah runtuh di Kampung Desa Aman

17 Jul 2026 • 4:26 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua rumah rosak akibat tanah runtuh di Kampung Desa Aman

SHAH ALAM, 17 JULAI: Dua rumah mengalami kerosakan di bahagian dapur akibat tanah runtuh di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.09 petang sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian dan mendapati berlaku runtuhan tanah berkeluasan kira-kira 15 x 30 kaki persegi yang menjejaskan bahagian dapur dua rumah.

"Komander operasi melaporkan runtuhan tanah melibatkan bahagian dapur dua rumah.

"Kejadian tidak melibatkan mangsa dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved