Pergaduhan melibatkan dua saudara dipercayai adik beradik berakhir dengan salah seorang maut dibunuh & mayat ditanam belakang rumah.

Memetik laporan dari Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Sabtu di Sungai Choh, Rawang.
Susulan daripada itu, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta pasukan forensik telah hadir ke lokasi selepas salah seorang ahli keluarga menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan hal berkenaan.

Mayat telah ditemui sekitar jam 5 pagi sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Setakat ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir telah mengesahkan perkara terbabit dan kenyataan berhubung kes berkenaan akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)
The post Dua Saudara bergaduh, Seorang Maut Dibunuh & Mayat Ditanam Belakang Rumah appeared first on Borak Daily.

