Dua suspek kes letupan di Pandan Indah didakwa di mahkamah esok

15 Jan 2023 • 12:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dipercayai terlibat dalam kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, 29 Dis lepas akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang di sini, esok.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua suspek akan dituduh pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata pasangan suami isteri dari Serdang, Kedah itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 29 Dis lepas, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup. - Bernama