Dua termasuk kanak-kanak maut nahas di Bukit Tangga

23 Jun 2023 • 8:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan pada Khamis. - Foto PDRM

JELEBU - Dua maut termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 19, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga, di sini malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu membabitkan dua kenderaan dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jelebu.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Seremban ke Kuala Klawang telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan penunggang motosikal yang datang dari arah Kuala Klawang menghala ke Seremban.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, salah seorang penumpang kereta iaitu kanak-kanak lelaki dan penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, proses bedah siasat akan dijalankan pada Jumaat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Inspektor Nurshazleen Miswan di talian 019-7805252," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved