Dua terselamat lori masuk gaung

13 Feb 2025 • 1:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Dua lelaki terselamat apabila lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Jalan Ranau - Sandakan, berhampiran Simpang Libang - Marakau, Kampung Tanah Merah, Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, lori tiga tan tanpa muatan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 25 meter.

AdvertisementKetua Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Ranau, Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 6.10 petang menerusi MERS 999.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau segera bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT-1 dan FRV-1.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa terlibat, iaitu lelaki berusia 30 dan 33 tahun yang berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan sebelum menyerahkan mereka kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya.

AdvertisementMenurut Ridwan, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan jam 6.48 petang.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini, terutamanya di jalan kampung yang sempit dan berselekoh.

Advertisement“Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada ketika memandu dalam keadaan hujan serta di jalan yang rosak atau dalam proses penyelenggaraan.

“Sentiasa peka ketika berada di jalan raya dan beri kerjasama yang baik kepada pengguna jalan lain. Pandulah dengan perlahan, terutamanya di laluan yang tidak rata. “Pandu dengan berhemah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kerana kita semua mahu tiba di destinasi dengan selamat dan bertemu keluarga tersayang,” katanya.