
Kota Kinabalu: Dua wanita dihadapkan ke mahkamah pada Khamis, kerana bergaduh di khalayak ramai.
Norain Mohammad Ali, 20 dan Nur Azlina Mokhtar, yang dihadapkan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rita Kunsoi, didakwa melakukan kesalahan itu jam 6.30 petang, 4 Okt di Kampung Nambazan, Penampang.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Norain dan Nur Azlina selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.
Pertuduhan menyatakan bahawa dua wanita itu dituduh terlibat dalam pergaduhan ganas, melibatkan pergelutan dan menumbuk, di khalayak ramai.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Norain dan Nur Azlina didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik memohon tarikh sebutan baharu dan mencadangkan ikat jamin RM3,000 serta dua orang penjamin untuk Norain.
Bagaimanapun, peguam dilantik Lim Ming Zhoong@ Lawrence, yang mewakili Norain meminta jumlah ikat jamin lebih rendah kerana dia menganggur dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun.
Rita membebaskan Norain dengan ikat jamin deposit RM1,500 beserta seorang penjamin. Bagaimanapun, tiada ikat jamin ditawarkan kepada Nur Azlina kerana dia tidak mempunyai dokumen. Rita menetapkan 16 Okt untuk sebutan.
Dalam kes berasingan, penganggur, Adzrol Blar, 25, berdepan tiga pertuduhan.
Pertuduhan pertama dia didakwa mencuri rantai kunci bernilai RM2.50, dan pertuduhan kedua kerana menyerang mangsa Lee Wee Ming, pukul 1.50 petang pada 4 Okt di 100% Mart, Sinsuran.
Pertuduhan pertama didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan, manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Adzrol turut didakwa mengambil dadah, dan pertuduhan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan diambil daripada Adzrol bagi tiga pertuduhan itu.
Pihak pendakwaan ketika memohon tarikh sebutan bagi pertuduhan pertama dan kedua, mencadangkan ikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan dia tampil di hadapan Majistret pada 16 Okt dan menawarkan ikat jamin deposit RM2,000 beserta dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Bagi kes dadahnya, mahkamah menetapkan 21 Nov untuk dia tampil di hadapan Majistret dan menawarkan ikat jamin RM1,500.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
