Dua Wanita Korea ‘Cakap’ Pasal Malaysia, Jadi Perhatian

LocalTravel
17 Dec 2025 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dua Wanita Korea ‘Cakap’ Pasal Malaysia, Jadi Perhatian

Bila kita menjejakkan kaki ke tempat yang asing buat pertama kali, pasti muncul tanggapan awal berdasarkan cerita orang atau apa yang kita lihat di media sosial.

Kadangkala tanggapan itu betul, kadang-kadang pula tidak. Tapi, bukankah lebih baik untuk rasai pengalaman sebenar dan nilai sendiri? Orang cakap, “tak kenal maka tak cinta”.

Itulah yang dialami oleh dua wanita Korea yang pertama kali datang ke Malaysia, dikongsikan oleh pempengaruh Korea yang kini menetap di Malaysia menerusi TikTok @seonma_shin.

Tanggapan awal soal Malaysia

Dalam video tersebut, dua rakannya itu menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangan awal tentang negara kita.

Kata salah seorang daripada mereka, dia menyangkakan Malaysia mempunyai “vibe” tempat percutian. Ini kerana Kota Kinabalu di Sabah terkenal dengan banyak destinasi menarik bagi pelancong.

Namun, setelah menjejakkan kaki ke Malaysia, pandangannya berubah sepenuhnya. Dia menyedari Malaysia sebenarnya sebuah negara yang besar, sama seperti Tokyo atau Seoul, dengan begitu banyak tempat menarik untuk diterokai.

“Saya ingatkan Malaysia macam tempat percutian seperti Bangkok,” kata seorang lagi.

“Bangunannya sangat cantik. Saya suka bagaimana tempat ini ada bar mewah tapi dalam masa yang sama tampilkan sesuatu yang bersifat tempatan, contohnya gerai durian,” tambahnya.

Perkara yang mengejutkan mereka soal Malaysia

Di sisi lain, apabila ditanya tentang perkara yang mengejutkan mereka, salah seorang berkata, “Menara Berkembar dan pencakar langit di sini sangat cantik, malah orang ramai juga sangat baik”.

Seorang lagi menambah, “Saya terkejut melihat betapa budaya Korea turut menyatu di sini, contohnya melalui restoran dan kedai serbaneka”.

Selain landskap bandar yang memukau, pengalaman mencuba makanan tempatan juga menjadi momen tidak dapat dilupakan. Sebagai negara yang terkenal dengan kepelbagaian rasa, Malaysia ternyata memikat hati mereka.

Mana tidaknya, mereka mengakui jatuh cinta dengan nasi lemak dan Laksa Sarawak. Rasanya kaya, aromanya unik dengan rempah-ratus yang digunakan.

Selain itu, mereka tidak melepaskan peluang mencuba durian, buah tempatan yang terkenal di Asia Tenggara.

“Baunya langsung tak seperti yang kami bayangkan. Ia mempunyai aroma buah yang matang dan sempurna. Teksturnya berkrim, dan wangi buahnya sungguh menakjubkan.

“Rasanya ada yang biasa, tapi ada juga yang luar biasa, dan itulah yang membuatkan pengalaman itu begitu mengesankan,” kongsi mereka.

@seonma_shin

Now my Korean image is not available friends understand that why I am in love with this country image is not availableimage is not availableimage is not available #seonma #seonmashin #seonmabang #koreaninmalaysia #koreaninmy

♬ Fresh and Fun – Lynne Publishing

BACA: Lelaki Ni Kongsi Momen Seram Masa “Live” Di Malaysia, Curi Perhatian Ramai

Sumber: TikTok @seonma_shin

The post Dua Wanita Korea ‘Cakap’ Pasal Malaysia, Jadi Perhatian appeared first on Siakap Keli.