Dua wanita maut nahas empat kenderaan

9 May 2025 • 9:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MPV jenis Toyota Estima yang terlibat dalam kemalangan dan meragut dua daripada lima nyawa.

image is not available
Antara kenderaan terlibat kemalangan

image is not available
Keadaan lori kontena selepas terlibat kemalangan

KULAI – Dua wanita maut manakala 15 lagi termasuk kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini pada Khamis malam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohd Firdaus Juritah berkata, kejadian sekitar jam 10.15 malam itu melibatkan sebuah lori kontena, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima, kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mazda 5 dan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.35 malam dan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai bersama dua jentera iaitu FRT dan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

**media[3117625]**

“Sebaik tiba jam 10.56 malam, pasukan mendapati kemalangan melibatkan empat kenderaan dengan jumlah keseluruhan 17 mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, Toyota Estima yang membawa lima individu mengalami impak paling teruk apabila dua wanita dewasa disahkan maut di lokasi, manakala dua lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa cedera.

Kata beliau, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Gee Yin Chin, 42, dan seorang lagi wanita dewasa masih belum diperolehi identitinya.

Tambahnya, pemandu lori kontena pula merupakan seorang lelaki dewasa turut mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai menggunakan unit EMRS.

**media[3117623]**

“Enam penumpang Mazda 5 yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, dua wanita dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan dilaporkan selamat, begitu juga lima penumpang Toyota Hilux yang turut melibatkan tiga kanak-kanak perempuan.

"Tiada mangsa tersepit dan pihaknya memberikan rawatan awal serta menjalankan kerja-kerja penyelamatan sebelum menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.42 malam dan tamat sepenuhnya jam 12.13 tengah malam selepas memastikan kawasan selamat,” katanya.