Dua wanita maut, tiga cedera nahas lori dan kereta

10 Jun 2025 • 12:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari sebuah kereta yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori kontena di KM 169 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, petang Isnin. Foto JBPM

image is not available
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di KM 169 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, petang Isnin. Foto JBPM

image is not available
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto JBPM

TANGKAK – Dua wanita maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dan kereta Toyota Vios di Kilometer 169 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, petang Isnin.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Johar Tumin berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 6.41 petang.

Jelas beliau, tujuh anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

**media[3159560]**

“Sebaik tiba, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah kereta Toyota Vios.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam kereta dan anggota bertindak menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

**media[3159562]**

Tambah beliau, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mengalami kecederaan termasuk seorang yang tersepit.

"Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sementara mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.20 malam," jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved