Dua Wanita Mulut Puaka Dikecam Kutuk Rakan Sekerja Di ‘Live’ TikTok – “Mungkin Saya Tak Cukup Hensem…”

Entertainment
27 Jun 2024 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian seorang lelaki di media sosial mengenai bekas rakan sekerja yang sengaja mengutuk dirinya ketika ‘live’ TikTok menjadi tular.

Lelaki dikutuk bekas pekerja di Live TikTok

Lelaki itu difahamkan hanya bekerja selama dua minggu gara-gara insiden tersebut.

Dalam live tersebut, kedua-dua wanita itu mendakwa lelaki berkenaan sebagai berlagak dan perasan bagus.

Rakan sekerja mulut puaka. Allah maha kuasa tak sangka kebetulan tengah slide TikTok then termasuk live orang yang tengah kutuk aku. Aku jumpa dua ekor ni baru 2 minggu kerja tak berkenalan lagi dah kena kutuk dalam live.

Saya tak pernah tahu pun apa TikTok mereka ini. Dengan kuasa Allah, lalu live ini dekat FYP saya. Sedang elok tengah mengutuk, saya pun apa lagi rekodlah.

Kata kedua-dua wanita itu lagi, mereka memerlukan lelaki yang lebih kacak dan tampan sebagai jurujual kereta.

image is not available

Lelaki berkenaan dikatakan ada berhadapan dengan kedua-dua wanita itu namun dicabar untuk menularkan video tersebut.

Netizen harap syarikat ambil tindakan

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik sikap kedua-dua wanita itu yang dianggap mulut puaka dan tidak profesional.

Netizen juga berharap syarikat terlibat dapat mengambil tindakan terhadap sikap kedua-dua wanita itu agar dapat menjadi iktibar kepada orang lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Saya Rasa Ia Tak Adil.." - Kereta Disimbah Air Kotoran Restoran Di Parkir 'Mall', Wanita Ditawarkan Cuci Kereta 'Free' Selama Setahun