“Dua Wanita, Sama Tempat” – Media Dedah Percutian ‘Main Kayu Tiga’ 9 Hari 8 Malam Seungri Di Bali

4 Oct 2023 • 12:28 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Meskipun tidak aktif dalam dunia hiburan kini, namun nama Seungri iaitu bekas ahli BIGBANG terus menjadi sebutan ramai.

Pada pagi ini, Dispatch telah mengeluarka laporan penuh menuduh lelaki itu bercuti di Indonesia sambil bermain kayu tiga dengan beberapa wanita di mana dia bertemu mereka seorang demi seorang.

Dedah salah seorang dari mangsa itu,

Saya berasa malu apabila ‘B’ menghubungi saya. Tempat tinggal, kafe, restoran dan pemandangan tepi pantai adalah sama sahaja, hanya wanita yang bertukar.

Ianya selari dengan penceritaan ‘B’. Restoran sama dan menu sama. Dia mengesyorkan sandwich yang saya kata sedap kepada ‘B’ juga. Gambar bersama matahari terbenam di belakang.. ianya sama serba-serbi.

image is not available

Tambahnya,

Gambar di padang golf? Saya ambil pada 22 September. Seungri kemudian menghantarnya pada ‘B’ mengatakan yang dia datang bersama staf bisnes dan dia penat sangat. Wah…

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa jijik dengan kelakuan Seungri malah mempersoalkan mengapa masih ada yang mahukan lelaki itu meskipun dia pernah terpalit dengan skandal besar sebelum ini.

image is not available

Hmmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.