Dua wanita warga asing dicekup ketika layan pelanggan

LocalPolitics
15 Nov 2024 • 7:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis menahan wanita disyaki terlibat sebagai pelacur dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Khamis. Gambar kecil: Ku Mashariman

image is not available
Antara barang yang dirampas polis dalam serbuan Op Noda di sebuah hotel di Sri Hartamas, pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Dua wanita warga asing disyaki pelacur dicekup ketika sedang melayan pelanggan di sebuah hotel di Sri Hartamas di sini, pada Khamis.

Kegiatan itu terbongkar menerusi Op Noda oleh sepasukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, operasi itu dijalankan kira-kira jam 7.55 petang.

"Dua wanita yang ditangkap ini membabitkan warga Indonesia dan Thailand disyaki pelacur.

"Polis telah merampas beberapa barang antaranya tuala, tisu basah, kondom dan wang tunai RM500," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan mendapati pelanggan membuat tempahan melalui laman sesawang dan aplikasi sosial.

Katanya, dua wanita itu dipercayai aktif sejak kira-kira satu bulan dengan menawarkan khidmat persundalan sebanyak RM250.

"Kedua-dua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.