Dua warga asing antara 21 ditahan kerana berjudi

18 Apr 2023 • 4:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ALOR SETAR: Polis menahan 21 lelaki termasuk dua warga asing disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian dalam serbuan di belakang sebuah kedai makan di Kampung Hutan Kandis, di sini, semalam.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata kesemua yang berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan kira-kira 6.15 petang dalam operasi yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

“Kawasan belakang kedai makan itu telah dijadikan tempat permainan judi bebas dan semasa serbuan dilakukan, kesemua tangkapan cuba melarikan diri namun cubaan mereka berjaya digagalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas peralatan yang digunakan dalam permainan judi jenis judi belangkas serta wang pertaruhan berjumlah RM17,000.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Menurut Wan Hassan, polis akan terus membanteras aktiviti perjudian termasuk semua aktiviti yang menyalahi undang-undang bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dapat dicapai. - Bernama