Dua warga asing ditahan dengan dadah, senapang angin

3 Jul 2024 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan dua lelaki warga Indonesia kerana memiliki dadah dan senjata buatan sendiri dalam serbuan di sebuah ladang di Jalan Jeroco, di sini, pada Isnin

Komander Esscom Datuk Victor Sanjos berkata pasukan khas itu juga menemui 87.53 gram syabu (bernilai RM24,500), tiga senapang angin buatan sendiri, 50 guli digunakan sebagai peluru, 10 pisau, empat parang dan tiga kapak.

Beliau berkata, kedua-dua suspek diserahkan kepada polis daerah Kinabatangan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek dipercayai menggunakan ladang berkenaan untuk mengedar dadah.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Tindakan pantas Pasukan Khas Esscom melalui kerjasama dan bantuan polis bantuan di ladang itu mencerminkan komitmen Esscom ke arah mengurangkan jenayah rentas sempadan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai untuk melaporkan perkara mencurigakan kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp pada talian 011-63311072 bagi memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Esscom akan terus memperhebatkan koordinasi operasi dengan pasukan keselamatan lain bagi mengekang dan menangkap individu yang berniat jahat untuk mengganggu dan mengancam keamanan serta keselamatan negara,” kata Victor.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.