Dua warga Myanmar tak sempat seludup masuk Malaysia

LocalPolitics
11 Sep 2024 • 11:57 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan di kawasan pekan Rantau Panjang pada Selasa.

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan di kawasan pekan Rantau Panjang di sini pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dua lelaki itu ditahan semasa anggota Batalion 7 sedang menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kedua-dua suspek tersebut adalah warganegara Myanmar dan menyeludup masuk ke Malaysia melalui Thailand," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, semua suspek ditahan di bawah Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

Ujarnya, PGA sentiasa mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved