DualShot Recorder Merakam Video Mendatar dan Menegak Serentak

TechnologyDigital
31 Mar 2026 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Landskap media banyak berubah sejak saya mula terjun tiruk ke dalam arena ini 20 tahun yang lalu. Di awal tahun 2000, video perlu diambil mendatar kerana TV adalah mendatar. Tetapi dengan populariti Reels, TikTok dan Snap, video menegak kini lebih popular dengan saya sendiri meramal dalam masa 10 tahun TV menegak akan menjadi perkara lazim.

image is not available

Tetapi jika anda seorang pempengaruh atau pencipta kandungan, cabaran terbesar ialah merakam video ketika bertugas. Video perlu dirakam menegak untuk kandungan sosial dan mendatar untuk YouTube. Kerja menjadi dua kali ganda. Kini proses ini dipermudahkan menerus aplikasi kamera DualShot Recorder.

Ia merakam video menegak dan mendatar secara serentak. Tak perlu lagi mengulang rakaman dengan dua fail video berbeza dihasilkan. Aplikasi ini telah dihasilkan untuk iOS sahaja pada ketiak ini dengan versi Android akan dilancarkan dalam masa terdekat. Jika anda sudah lama mencari penyelesaian kepada video menegak atau mendatar perlu dirakam, DualShot Recorder ialah aplikasi yang boleh dibeli pada harga $6.99 di App Store.