DuckDuckGo Kini Boleh Melindungi Pengguna Android Daripada Aplikasi Yang Sentiasa Menjejak Aktiviti Mereka

TechnologyDigital
17 Nov 2022 • 2:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

DuckDuckGo adalah aplikasi pelayar web yang memfokuskan kepada privasi, sekuriti dan keselamatan pengguna. Mereka menggunakan sistem sekuriti tersendiri, enjin carian sendiri, menawarkan alamat emel privasi bagi menyembunyikan emel sebenar pengguna dan banyak lagi.

Terkini, mereka telah memperkenalkan App Tracking Protection melalui aplikasi pelayar web mereka dalam bentuk beta. Ia mula diperkenalkan sekitar setahun lalu, cuma kini ia boleh diuji oleh semua orang.

image is not available

Dengan mengaktifkan ciri ini pada peranti Android, DuckDuckGo akan menawarkan perlindungan daripada penjejak yang digunakan sejumlah aplikasi dalam peranti seperti memantau corak penggunaan dan aktiviti pengguna untuk paparan iklan yang lebih spesifik. Ciri ini akan mengesan jika ada aplikasi cuba menghantar data ke pihak ketiga.

Menurut DuckDuckGo, purata pengguna Android akan mempunyai 35 aplikasi terpasang pada peranti masing-masing. Aplikasi-aplikasi ini dikatakan mempunyai 1000-2000 cubaan menjejak dan dihantar kepada 70 syarikat pihak ketiga untuk tujuan pengiklanan.

image is not available

Mereka yang skeptikal dengan sekuriti terbina pada peranti Android boleh cuba memuat turun DuckDuckGo 5.143.1 untuk mencuba ciri App Tracking Protection ini.