DuckDuckGo Tambah Ciri Penghalang Iklan YouTube Pada DuckDuckGo Browser

Technology
8 Jul 2026 • 10:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DuckDuckGo Tambah Ciri Penghalang Iklan YouTube Pada DuckDuckGo Browser

DuckDuckGo merupakan penyedia perkhidmatan enjin carian bebas penjejak, dan turut menawarkan sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, termasuk pelayar web DuckDuckGo Browser. Hari ini, melalui kemaskini baharu, DuckDuckGo mengumumkan penambahan ciri penghalang iklan YoUTube pada pelayar web DuckDuckGo Browser mereka.

Image from: DuckDuckGo Tambah Ciri Penghalang Iklan YouTube Pada DuckDuckGo Browser

DuckDuckGo Browser sebelum ini sedia menyertakan halangan paparan iklan menganggu dan berbentuk pop-up pada pelayar web mereka, dan kini ia dilihat turut diperluaskan kepada laman YouTube. Ciri ini diaktifkan untuk semua pengguna pelayar web DuckDuckGo Browser di Windows, Mac dan iOS.

DuckDuckGo menyatakan ciri ini dijayakan melalui penggunaan senarai halangan yang disumbang komuniti dan diuruskan oleh uBlock Origin. Ia tidak diketahui berapa lama ciri ini akan dapat dikekalkan pada pelayar web berkenaan, sebelum pihak YouTube mengambil langkah mengatasinya. Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun DuckDuckGo Browser untuk desktop dan iOS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved