Duda Tidak Serik Berkhalwat Tiga Kali, Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Di Masjid

LocalPolitics
20 Nov 2024 • 4:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang duda anak lima yang tidak serik berkhalwat buat kali ketiga bakal menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebat di sebuah masjid pada 6 Disember depan, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Kanan Kamalruazmi Ismail memerintahkan Mohd. Affendi Awang, 42, dikenakan enam kali sebatan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

image is not available

Foto: Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)

Beliau berkata, perintah sebatan tersebut akan diadakan di khalayak ramai di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat.

Kamalruazmi juga memerintahkan Mohd. Affendi yang merupakan tukang rumah juga dikenakan denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

image is not available

Foto: Utusan Malaysia

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang wanita berusia 52 tahun yang bukan isteri dan mahramnya yang menimbul syak perbuatan tidak bermoral pukul 1.40 pagi, 16 Jun lalu.

Perbuatan pasangan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Pengkalan Ranggon, Kemaman.

image is not available

Foto: Carian Google

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara boleh dikenakan bagi kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Terdahulu, pada 20 Februari lalu Mohd. Affendi telah dilaporkan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman sebatan atas kesalahan melakukan kesalahan khalwat berulang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)