Duduk dalam surau pun terseksa, hidu bau busuk

LocalEnvironment
30 Sep 2026 • 9:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Duduk dalam surau pun terseksa, hidu bau busuk

KOTA BHARU – Lebih 500 penduduk di Lorong Selasih, Tanjung Chat di sini terpaksa menghidu bau busuk akibat longgokan sam­pah yang gagal dipunggah pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak minggu lalu.

Seorang penduduk, Ismail Abdullah, 44, berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) perlu me­ngambil tindakan segera dengan mengangkut longgokan sampah yang sudah melimpah daripada tong disediakan.

“Sepatutnya sampah diangkut secara berjadual dan berkala supaya tidak berlaku keadaan seperti ini yang bukan sahaja me­ngeluarkan bau busuk, malah mengganggu keselesaan pendu­duk,” katanya di sini.

Menurutnya, keadaan menjadi lebih teruk apabila sampah berselerak selepas tong berkenaan tidak lagi mampu menampung jum­lah sampah yang dibuang.

Tambahnya, keadaan itu turut menarik perhatian anjing liar yang menyelongkar sampah terutama pada waktu malam sehingga menyebabkan bertaburan.

Penduduk lain, Abdul Rahman Abdullah, 30, berkata, bau busuk daripada longgokan sampah itu turut dihidu jemaah surau serta pelanggan dan pengusaha kedai makan berhampiran.

“Ini bukan kali pertama ma­salah seperti ini berlaku dan pen­du­duk berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan lebih serius,” katanya.

The post Duduk dalam surau pun terseksa, hidu bau busuk appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved