Duduk di katil hospital, Zara Zya anggap gurauan “bersalin ke?” tak kelakar

Entertainment
24 May 2024 • 10:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon cantik, Zara Zya anggap gurauan “bersalin ke?” yang ditulis seorang individu di ruangan komen Instagramnya sebagai tindakan yang tidak kelakar.

Ditahan di wad kerana dikesan hidap 2 sindrom

Dia yang dimasukkan ke hospital disebabkan mengalami dua sindrom memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan mungkin peluang untuknya berehat selepas penat bekerja sewaktu sihat.

image is not available

Zara Zya anggap gurauan baru bersalin ke tak lawak

Walau bagaimanapun, ada sahaja komen daripada netizen yang dilihat kurang cerdik hanya disebabkan kondisi pelakon itu yang sedang berada di katil hospital.

Dalam salah satu komen yang diterima Zara menerusi posting tersebut, seorang individu menulis seolah-olah bertanya sama ada pelakon berkenaan ke hospital adakah disebabkan bersalin.

image is not available

Zara Zya anggap gurauan tak kelakar pun

Perkara itu dibalas oleh pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38 dengan menganggap gurauan tersebut tidak kelakar untuknya.

“Tak kelakar pun,” balas Zara Zya ringkas.

image is not available

Terdahulu, pelakon drama Hati Tercarik Luka itu berkongsi gambar berada di katil hospital dengan tangannya bertampal.

Difahamkan, Zara Zya dikesan menghidap dua jenis sindrom iaitu Cervical Facet Syndrome dan Lumbar Facet Syndrom.

Namun begitu, dia menjelaskan berada dalam keadaan baik dan cuma sakit dibahagian tertentu seperti di leher.

Sumber: Instagram zarasya