
Fakta ini adalah topik yang sering dibincangkan dan dikaji! Walaupun terdapat pendapat yang berbeza, kebanyakan kajian menunjukkan bahawa duit boleh menjadikan kita manusia paling gembira, dalam masa yang sama ia juga memainkan peranan yang penting, terutamanya dalam mencapai kestabilan.
Ini adalah fakta-fakta utama mengenal hubungan antara wang dan kegembiraan seseorang individu.
Duit boleh membeli kestabilan dan mengurangkan tekanan. Memiliki wang yang mencukupi untuk menampung keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, dan kesihatan serta berada dalam kesihatan kewangan yang kukuh boleh mengurangkan banyak tekanan dan kebimbangan dalam hidup. Ini secara tidak langsung menyumbangkan kepada kegembiraan kerana kurang stres. Wang juga memberikan kebebasan untuk membuat pilihan, seperti memotong tekanan kerja atau memilih cara yang menjimatkan masa seperti membeli makanan siap berbanding me masak selepas seharian bekerja.
Penyelidikan mendapati bahawa cara kita membelanjakan wang lebih penting daripada jumlah wang yang kita miliki selepas mencapai tahap pendapatan asas yang selesa(Prinicipal). Seorang individu harus lah membeli pengalaman seperti melancong dalam negara atau pun ke luar negara, belajar kemahiran baharu, atau melakukan aktiviti luar, pengalaman ini cenderung menjadikan kita lebih bahagia berbanding membeli barangan material yang mahal. Kegembiraan daripada barangan material selalunya hanya bersifat sementara dan pudar setelah kita menyesuaikan diri dengannya. Selain itu, membelanjakan wang untuk orang yang kita sayangi atau untuk tujuan kebaikan akan sering memberikan kepuasan dan kegembiraan yang lebih dan berpanjangan. Kita juga boleh membayar untuk perkhidmatan yang menjimatkan masa seperti mengupah pembersih rumah boleh meningkatkan kegembiraan kerana ia memberikan anda lebih banyak masa lapangan untuk perkara yang memberi kepuasan.
Namun begitu kebahagian yang hakiki dan kekal sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak boleh dibeli dengan duit atau pun emas sepenuhnya : hubungan Keluarga dan sosial yang bermakna, pertumbuhan diri dan pencapaian peribadi dan ketakwaan dan ketaatan kepada agama.
Memperoleh wang yang banyak memang boleh meningkatkan kualiti hidup dan kebahagian anda sehingga tahap tertentu, Terutamanya jika ia melepaskan kita daripada tekanan kewangan. Walau bagaimanapun, untuk menjadi manusia paling gembira, duit hanya satu alat.
MissWhite PrincesZIE (blogisgoldjijie@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.png)




