Duit boleh dicari! Chef Wan akur diarah bayar RM150,000 kepada bekas menantu

21 Jun 2024 • 4:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akur diarah bayar RM150,000 kepada bekas menantu, Gavin Edward O’Luanaigh, berhubung penerbitan berunsurkan fitnah di platform media sosial.

Dalam hantaran di Instagram, bapa kepada pelakon Serina Redzuawan mengakui dirinya menerima keputusan mahkamah ekoran sudah letih dengan isu membabitkan anak-anak dan menantunya.

Chef Wan akur diarah bayar, patuh perintah mahkamah

Chef Wan berkata, dia lebih mementingkan kehidupan mereka sekeluarga yang lebih baik iaitu ketenangan dan kebahagiaan berbanding sebelum ini.

“Ia meletihkan! Kadang-kadang hidup boleh jadi tidak adil untuk bapa mentua yang hanya mahu menegekkan kebenaran.
“Perkara baik ialah kami akhirnya berjaya menyingkirkan dia (bekas menantu) dalam hidup dan anak perempuan saya (Serina) kini mempunyai kehidupan yang lebih bahagia.
“Alhamdulillah,”katanya di Instagram, hari ini.

image is not available

Ada rezeki, dapatlah balik

Jelas beliau, mengelakkan ‘drama’ dan orang yang tidak bertanggungjawab dalam hidup adalah lebih penting berbanding wang.

“Esok ada rezeki kita kerja dapatlah balik (wang).
“Andai di akhirat nanti persoalan itu akan dijawab dengan Allah, jika saya masih orang terakhir yang bercakap benar, saya tetap akan lakukan perkara sama.
“Dengan keputusan ini saya sebenarnya gembira kerana saya boleh mula meneruskan hidup,” ujarnya.

image is not available

Dalam masa sama, Chef Wan turut berharap supaya kisahnya itu menjadi pengajaran kepada semua lelaki mengenai tanggungjawab dan kesetiaan mereka terhadap isteri.

image is not available

Terdahulu, Chef Wan diperintah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam, bagi membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh, berhubung penerbitan berunsur fitnah di platform media sosial.

Dalam menyampaikan keputusan mahkamah, Hakim Azizah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O’Luanaigh dan kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Difahamkan, beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada menerbitkan kenyataan fitnah bekas menantunya.

image is not available

Beliau juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Sumber: Instagram Chef Wan