“Duit Hasil Perniagaan Hari Itu Tak Tahu Tercampak Ke Mana..” – Azlan Komeng Mohon Duit Niaga Dipulangkan

LocalEntertainment
16 Oct 2024 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hari Jumaat yang lalu, pelakon, Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mereka dalam perjalanan ke festival jualan di Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi akaun TikTok milik adik angkatnya, Azlan merayu kepada orang ramai memulangkan kembali beg berisi barang niaga dan duit yang hilang semasa kemalangan.

Pada hari kemalangan tu, apa yang tidak kami sedari duit hasil perniagaan hari itu tak tahu tercampak ke mana, terjatuh di dalam kereta ke. Kalau ada sesiapa yang terjumpa dan sudi memulangkan bolehlah hubungi saya, isteri saya atau adik angkat saya. Saya sekarang berada di Hospital Batu Pahat.

Menurut aktor tersebut, dirinya tidak pasti sama ada beg tersebut tercirir atau tercampak sewaktu kemalangan berlaku, namun jika ada pihak yang jumpa, Azlan mohon untuk hubungi isteri atau Jalil Razak.

@jalilrazak2 @puan nilam ortiz @AzlanKomeng ♬ original sound – JALILRAZAK2

image is not available 20 hours ago

Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penerbangan Hantar Jemaah Haji - “Diorang Tinggal ‘Barang’ Dalam Kapal”