DuitNow Mengalami Masalah Teknikal – Pengguna Digalakkan Menggunakan Inter Bank Giro Buat Sementara Waktu

TechnologyDigital
8 May 2024 • 5:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DuitNow kini dilihat menghadapi masalah teknikal, sekaligus menyukarkan beberapa transaksi seperti DuitNow Transfer dan juga DuitNow QR. Perkara ini disahkan oleh CIMB dan juga Maybank melalui akaun sosial masing-masing.

Pihak CIMB menyatakan yang DuitNow (Instant Transfer) tiadk boleh digunakan dengan lancar buat masa ini, sekaligus meminta pengguna melakukan transaksi melalui Inter Bank Giro buat sementara waktu ini.

Untuk Maybank pula, mereka memaklumkan yang perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR tidak boelh digunakan buat sementara waktu pada aplikasi Maybank dan MAE. Maybank turut mengalakkan pengguna Inter Bank Giro sebagai alternatif buat sementara waktu ini.

Pihak Paynet yang menguruskan DuitNow tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved