“Dulu Acah Jaga Aurat” – Atiq Azman Dikritik Tayang ‘Six Pack’ Nampak Pusat Di Instagram

Entertainment
27 Jun 2023 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Atiq Azman ada ‘menjamu’ peminatnya dengan foto-foto mendedahkan tubuh badannya di Instagram sehingga menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Nur ini dilihat menggayakan baju kemeja berwarna biru putih dan dibiarkan butang baju terselak dengan latar belakang sebuah pantai.

Terdedah bahagian depan badan sehingga menampakkan pusat, ‘pendedahan’ berani Atiq itu nampaknya telah menuai kritikan dalam kalangan warga maya.

Kata netizen, dahulunya Atiq seperti menjaga aurat dan membawa imej ‘budak baik’ namun segalanya sudah berubah.

Dulu kemain acah-acah jaga aurat, sekarang elok dah belanja orang tengok.

Sekadar info, Atiq sebelum ini pernah dikecam dengan isu yang sama selain dakwaan berbaur fitnah yang mengatakan pelakon itu bernafsu songsang.

Dakwaan tersebut kemudiannya dinafikan pelakon itu sendiri tidak lama kemudian.

image is not available 19 hours ago

"Kalau Tak Suka Perangai Saya Jangan Jemput Ke Majlis" - Ain Edruce Jawab Kontroversi 'Cium' Di Perkahwinan Janna Nick