‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong

LocalPolitics
1 Jul 2026 • 11:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Wee Ka Siong bercakap mengenai Baucar Buku MADANI, BB1M dan isu GST.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan pandangannya berhubung pelaksanaan semula dasar bantuan pendidikan dan percukaian, dengan merujuk kepada kesinambungan beberapa dasar lama yang diteruskan di bawah kerajaan semasa.

Dalam satu kenyataan, beliau merujuk kepada perbincangan di Dewan Rakyat yang melibatkan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, serta Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkaitan pelaksanaan Baucar Buku MADANI.

Ka Siong berkata, program tersebut mengingatkan beliau kepada Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang diperkenalkan sejak 2012 di bawah kerajaan Barisan Nasional, yang menurutnya pernah menerima kritikan ketika dilaksanakan namun kini diteruskan dengan penambahbaikan.

“Dulu semasa BN buat, dilabel macam-macam. Sama seperti BR1M, dilabel dedak, rasuah, ‘cash is king’. Sekarang BR1M diteruskan, hanya tukar nama saja,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah jika dasar yang pernah diperkenalkan sebelum ini diteruskan oleh kerajaan baharu, selagi ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Moral of the story, jangan bangkang hanya kerana mahu membangkang. Dulu kutuk dan keji, sekarang buat, tukar nama saja,” katanya lagi.

Baca juga:

Dalam nada sama, Ka siong turut menyentuh isu pelaksanaan cukai, dengan mencadangkan agar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertimbangkan semula berdasarkan dapatan laporan fiskal Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, GST didapati lebih baik dan kurang membebankan berbanding Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), merujuk kepada Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2024.

Wee turut menyindir bahawa sebarang pelaksanaan semula boleh dilakukan dengan penjenamaan baharu, termasuk kemungkinan menggunakan istilah “cukai MADANI”.

The post ‘Dulu BN buat, dilabel macam-macam, sekarang tukar nama je’ – Wee Ka Siong appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved