Dulu dalam botol, kini Sunkist dah ‘transform’ dalam bentuk aiskrim. Memang best kalau makan masa berbuka

FoodCooking
4 Apr 2023 • 9:25 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Dulu dalam botol, kini Sunkist dah ‘transform’ dalam bentuk aiskrim. Memang best kalau makan masa berbuka

BULAN puasa ini, apa sahaja makanan atau minuman yang ‘lalu’ di media sosial semuanya nampak menyelerakan.

Kalau aiskrim, lagilah…Hilang dahaga selepas hampir 14 jam berpuasa. Betul tak?

Mungkin ramai yang tak tahu, jenama Sunkist yang sebelum ini hadir dengan dalam bentuk pelbagai perisa yang dipakejkan dalam botol, kini telah ‘ditransformkan’ menjadi aiskrim yang lazat tau!

Baru-baru ini, admin ke pasar raya, memang ada terlihat aiskrim Sunkist itu atau nama rasminya, Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange.

image is not available

Inovasi berkenaan adalah hasil kerjasama dengan Sunkist Growers.

Menariknya, kata Ketua Pegawai Eksekutif F&N Creameries Sdn Bhd, Siew Peng Yim, aiskrim baharu tersebut dihasilkan dengan menggunakan jus oren dan bukan bahan perisa oren yang rasanya Citrusly Syok.

Ia (aiskrim) boleh didapati dalam bentuk tab boleh dikongsi dan tiub sajian tunggal. Untuk pengetahuan ramai, aiskrim keluaran kami merupakan konfeksi ais komersial pertama di Malaysia yang kaya dengan vitamin C bersama jus oren bagi rasa yang menyegarkan, berjus dan penuh nikmat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Peng Yim lagi, format tiub Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange merupakan sorbet dengan tiada kandungan susu, menjadikannya sesuai untuk golongan vegan dan mereka yang tidak toleran laktosa.

Sementara, tab Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange menggabungkan bahagian bawah dengan vanila berkrim bersama oren sos dan tekstur yang seperti aiskrim artisan.

Wah! Memang best lah kalau makan aiskrim Sunkist saat cuaca panas dan lembap di negara kita.

Hanya ambil satu untuk menyejukkan dan menyegarkan diri serta mendapatkan tambahan vitamin C daripada jus oren yang terkandung dalam setiap hirupan.

image is not available

Tiub yang direka pun mudah dipegang sebelah tangan dengan kurang risiko untuk tumpah atau menitik.

Jadi, apa lagi, dapatkan segera di kedai runcit atau pusat beli-belah di seluruh negara. Boleh beli secara online juga ya menerusi kedai dalam talian rasmi F&N menerusi https://my.fnlife.com/chilled-frozen/ice-cream/sunkist.html.

Sebelum terlupa, bagaimana pula dengan harga?

Tiub sajian tunggal 75 mililiter (ml) pada harga RM2.50 setiap tiub (RM2.70 di Malaysia Timur), tiub pelbagai pek yang terdiri daripada 4 tiub pada RM9.80 satu pek (RM10.50 di Malaysia Timur) dan tab 1.5 liter berharga RM15 sebekas (RM16.50 di Malaysia Timur).

Rangkaian menyegarkan serba baharu itu juga boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi F&N, https://my.fnlife.com/chilled-frozen/ice-cream/sunkist.html.

image is not available

Bagi meningkatkan pengalaman Citrusly Syok, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Gold of Sunkist yang menawarkan hadiah berupa jongkong emas dan syiling emas berjumlah RM30,000!

Untuk menyertai peraduan berkenaan, anda hanya perlu mendapatkan produk-produk Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange berharga RM10 ke atas dalam satu resit pembelian dan menghantar foto resit menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 017-648 7654.

Peraduan dibuka dari 1 Mac hingga 30 April ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, peraduan, aktiviti, promosi dan barangan percuma Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, ikuti laman-laman sosial https://www.instagram.com/sunkist_icecream_my/ atau https://www.facebook.com/Sunkist-Ice-Cream-MY.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi