Dulu Dikenali Sebagai Santubong, Rupanya Sarawak Adalah Negeri Melayu Tertua Di Dunia

28 Oct 2022 • 7:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Negeri Sarawak negeri Melayu tertua di dunia

Dulu Dikenali Sebagai Santubong, Rupanya Sarawak Adalah Negeri Melayu Tertua Di Dunia. Sebagai orang jati Sarawak, perkara ini seharusnya menjadi kebanggaan kita dan kita seharusnya melestarikan sejarah-sejarah bumi Kenyalang kita ini.

Antara yang harus menjadi kebanggaan kita adalah diketahui bahawa negeri Sarawak adalah negeri Melayu tertua di dunia. Hal ini telah terbukti kerana adanya kemajuan dalam bidang penyelidikan.

image is not available
Dulu Dikenali Sebagai Santubong, Rupanya Sarawak Adalah Negeri Melayu Tertua Di Dunia. Sumber gambar: Pelancongan Di Sarawak

Dahulu dikenali sebagai Santubong, wujud 300 tahun sebelum Masihi

Menurut Datu Dr. Sanib Said yang merupakan pakar sejarah Sarawak, Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Santubong telah wujud sekitar 300 tahun sebelum Masihi mengikut sejarahnya dan menduduki tempat kedua selepas negeri Kedah.

image is not available
Sumber gambar: Kuching Sarawak.com

Bukan itu sahaja, menurut beliau juga, sejarah lama amatlah penting sehingga ke hari ini kerana boleh menjadikan sejarah kita sentiasa relevan. Bahkan, semakin berusia sesuatu sejarah tersebut, semakin bagus.

Penemuan arkeologi menjadi bukti

Antara penemuan sejarah yang telah menempatkan Sarawak sebagai negeri kedua tertua di dunia adalah dengan penemuan arkeologi di lokasi seperti tahi besi, serpihan tembikar yang dikenali sebagai ’pasu malaya’.

image is not available
Sumber gambar: Berita Harian

Dengan penemuan ini juga, ianya dapat menjelaskan kedudukan ini dengan lebih nyata dan untuk makluman juga, Santubong juga pernah menjadi tapak arkeologi terbesar di Asia Tenggara.

Jadi, sebagai orang Sarawak kita harus tahu tentang status negeri Sarawak kita ini supaya kita lebih menghargai negeri kita seutuhnya.

Untuk mengetahui tentang sejarah lain yang ada di Sarawak, boleh baca artikel menarik dibawah: