Dulu DJ Kidd cepat melenting, sekarang lebih matang – Emma Maembong

Entertainment
15 Jul 2026 • 11:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Emma Maembong mengakui perubahan sikap DJ Kidd menjadi antara sebab hubungan mereka kembali rapat selepas pernah berpisah sebelum ini.

Image from: Dulu DJ Kidd cepat melenting, sekarang lebih matang – Emma Maembong

Memetik laporan HibGlam, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, berkata DJ Kidd kini lebih matang berbanding ketika awal mereka berkenalan, sekali gus membuatkan dia terbuka untuk memberi peluang kedua kepada hubungan tersebut.

Menurut Emma, hubungan mereka tercetus secara tidak dirancang selepas seorang rakan menyampaikan salam daripada DJ Kidd selepas dia melalui fasa perceraian.

“Selepas bercerai, ada orang sampaikan salam. Kawan dia kawan saya. Kami pernah menjalani penggambaran bersama.
“Ketika penggambaran, dia buat panggilan video. Saya menegur dan mengajaknya keluar lepak. Sejak hari itu, kami terus berkawan sehingga sekarang,” katanya.

Pelakon drama Seribu Tahun itu berkata, sikap DJ Kidd yang semakin berubah turut membuatkan hubungan mereka menjadi lebih baik berbanding dahulu.

“Dulu, masa mula kenal dia cepat melenting. Sekarang tidak lagi. Ramai juga pasangan seusia saya atau bercinta dengan lelaki lebih muda menyokong hubungan kami.
“Bagi saya, kita perlu banyak mengalah dengan pasangan lebih muda. Kita layan sahaja. Sekarang saya pula macam budak-budak, dia pula semakin matang,” ujarnya.

Image from: Dulu DJ Kidd cepat melenting, sekarang lebih matang – Emma Maembong

Dalam pada itu, DJ Kidd atau nama sebenarnya Nur Irfan mengakui pengalaman kehilangan seseorang membuatkan dirinya lebih menghargai hubungan serta berusaha memperbaiki kekurangan diri.

“Saya sedar kehilangan itu sangat menyakitkan. Sebab itu saya ubah banyak perkara demi Emma.
“Kami sama-sama memperbaiki hubungan. Kalau bergaduh, jangan cepat mengeluarkan kenyataan dalam media sosial atau terus menyekat nombor telefon pasangan. Selesaikan sahaja dengan baik,” jelasnya.

Perkongsian pasangan itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan kegembiraan melihat hubungan mereka kembali bertaut.

Artikel lain: Tular foto bersama, Emma Maembong dan DJ Kidd kembali bercinta?

Sebelum ini, Emma pernah mengakui sedang berkawan rapat dengan DJ Kidd sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, pada Mac lalu, DJ Kidd mengumumkan hubungan mereka sudah berakhir menerusi Instagram selain meminta orang ramai tidak lagi bertanyakan mengenai Emma kepadanya.

Emma turut mengesahkan perkara itu, namun mengakui kecewa apabila pengumuman berkenaan dibuat terlalu awal di media sosial.

Selepas kira-kira dua bulan membawa haluan masing-masing, nama mereka kembali menjadi perhatian apabila foto mereka bersama tular di media sosial, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan cinta mereka yang dipercayai kembali berputik.

Sumber: HibGlam (Muhammad Haikal Ramli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved