Dulu Jadi Kem PLKN, Kini Dibuka Jadi Tempat Homestay Menarik Di Putra Sentosa Sematan

4 Mar 2023 • 8:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dulu ianya Kem PLKN, sekarang dah jadi tempat homestay yang menarik!

Dulu Jadi Kem PLKN, Kini Dibuka Jadi Tempat Homestay Menarik Di Putra Sentosa Sematan. Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) adalah sebuah program pelatihan wajib bagi anak muda di Malaysia yang pernah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia.

Walaupun program ini dibatalkan pada tahun 2018, kini tempat ini telah diubah dan bakal dibuka kepada umum sebagai tempat homestay menarik di Putra Sentosa Sematan.

image is not available
Dulu Jadi Kem PLKN, Kini Dibuka Jadi Tempat Homestay Menarik Di Putra Sentosa Sematan. Kredit: FB Lvna Ying

Dilengkapi dengan pelbagai tarikan menarik di sini

Putra Sentosa Sematan adalah sebuah homestay yang terletak berdekatan dengan kawasan pantai Sematan, Sarawak. Tempat ini menawarkan penginapan homestay yang menarik dengan pemandangan hijau dan suasana yang tenang.

Selain itu, di Putra Sentosa Sematan ini juga menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi seperti berenang, barbeku dan pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga.

image is not available
Kredit: FB Lvna Ying

Bolehlah singgah sini setelah tempat ini dibuka kepada umum nanti.

Homestay di Putra Sentosa Sematan ini juga merupakan tempat healing untuk anda yang sedang mencari short escape dari bandar Kuching yang sesak. Setiap homestay juga dilengkapi dengan ***dapur lengkap dan ruang tamu yang selesa.

Korang yang dah pernah join PLKN tu, bolehla singgah sini untuk throwback masa zaman korang dulu-dulu, hehehe betul tak?

Selain itu, ketahui juga pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan semasa berada di Telok Serabang:

View Original Article