“Dulu Jatuh Sakit Sebab ‘Heartbroken'” – Ibarat Cinta Berputik Kembali, Wanita ‘Penyondol’ Didakwa Kekasih Hafidz Roshdi Waktu Sekolah

Music
18 Feb 2023 • 11:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama Athira Yuhada nampaknya semakin hangat diperkatakan setelah wanita itu didakwa menjadi orang ke-3 dalam rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Shuhada.

Kecoh di media sosial, wanita itu kononnya didakwa bekas kekasih kepada Hafidz ketika di bangku sekolah dahulu.

image is not available

Ibarat cinta berputik kembali, netizen mendakwa Hafidz juga pernah jatuh sakit gara-gara patah hati kerana putus dengan wanita itu sebelum berkenalan dengan isterinya kini ketika di Universiti.

image is not available 2 hari lalu

(VIDEO) "Maaf, Mungkin Saya Tak Sempurna Di Mata Awak" - Isteri Hafidz Roshdi Muat Naik Foto Kenangan Di TikTok

Malah, ada juga yang meninggalkan komen yang mengatakan wanita berkenaan dan Hafidz pernah berjanji untuk berjumpa kembali selepas mempunyai kerjaya masing-masing.

image is not available image is not available

Berikutan itu, ramai netizen beranggapan kedua-duanya tak ‘move on’ meskipun salah seorangnya sudah berumah tangga malah mempunyai anak pula.

Dalam pada itu, ada netizen terutamanya yang bergelar isteri juga tampil meluahkan rasa cuak dan akan lebih berhati-hati jika ada ‘reunion’ zaman sekolah dan universiti kerana bimbang cinta berputik kembali.