“Dulu Menari Sakan..” – 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Kes Penderaan Adik Bella

16 Jan 2023 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkembangan terkini kes pengabaian anak istimewa Bella hari ini mendapat tumpuan penuh apabila dilaporkan kesemua 10 peguam yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) Siti Bainun telah menarik diri.

Perkara tersebut dimaklumkan Mona Din yang merupakan NGO yang menggerakan kes ini ke muka pengadilan di laman Facebook miliknya.

image is not available

Sumber : Facebook  

Dalam beberapa hantaran yang dibuat Mona, 10 peguam itu memberi alasan ‘tidak berkelapangan’ untuk meneruskan pembelaan terhadap Siti Bainun yang merupakan pengasas Rumah Bonda.

Ketua Peguam Pembelaan yang mengadili prosiding di mahkamah pada hari ini juga meluahkan rasa kurang senang dan kecewa kerana tidak dimaklumkan awal mengenai perkara itu berikutan telah mengganggu kes-kes yang lain selain telah menafikan hak OKT untuk membela diri.

Hakim juga telah menegur sikap peguam-peguam yang menarik diri itu kerana memberi alasan tidak munasabah dan tidak menghormati proses undang-undang.

image is not available 1 hari lalu

Lemas Tersangkut Dalam Mesin Basuh, Budak 3 Tahun Ditemui Meninggal Dunia