“Dulu Nak Tengok Penagih Punya Susah…” – Dua Wanita Buat Live Tunjuk Pod Disyaki Dadah, Siap Perli Polis?

13 May 2026 • 11:15 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di Threads rakaman pendek daripada siaran langsung memaparkan dua wanita dipercayai sedang menunjukkan dua jenis ‘pod’ yang didakwa mengandungi dadah.

Dalam rakaman tersebut, kedua-duanya dilihat ketawa sambil seorang daripada mereka seolah-olah memerli pihak berkuasa.

Dua wanita dikecam tunjuk bahan disyaki mengandungi dadah dalam live?

dadah

Eh eh polis! Polis nah. Polis nak hisap tak?

Perkongsian itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tersebut kerana dianggap terlalu berani dan seperti mempermainkan isu serius.

dadah

Tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil sekiranya rakaman tersebut sudah jelas menunjukkan bukti yang mencurigakan.

dadah

Setakat ini, belum dapat dipastikan lokasi kejadian, identiti individu terlibat atau sama ada bahan yang ditunjukkan dalam live tersebut benar-benar berkaitan dadah.

View on Threads

Pssttt! Isu melibatkan dadah bukan perkara yang boleh dibuat main, apatah lagi jika ia ditayangkan secara terbuka di media sosial. Walaupun bahan yang ditunjukkan belum disahkan, tindakan seperti ini tetap boleh mengundang kebimbangan ramai.

Apa pun, lebih baik serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Jika benar ada unsur kesalahan, tindakan sewajarnya perlu diambil supaya perkara seperti ini tidak dinormalisasikan dalam kalangan masyarakat.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Dulu Nak Tengok Penagih Punya Susah…” – Dua Wanita Buat Live Tunjuk Pod Disyaki Dadah, Siap Perli Polis? appeared first on Oh! Media.