Dulu Niaga Bawah Payung Je, Hasil Usaha 15 Tahun Kini Akak Ini Jual 15,000 Bungkus Nasi Lemak Sehari

LocalBusiness & Finance
6 Apr 2026 • 5:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dulu Niaga Bawah Payung Je, Hasil Usaha 15 Tahun Kini Akak Ini Jual 15,000 Bungkus Nasi Lemak Sehari

Dulu Niaga Bawah Payung Je, Hasil Usaha 15 Tahun Kini Akak Ini Jual 15,000 Bungkus Nasi Lemak Sehari

Setiap peniaga mengimpikan kejayaan dalam bisnes yang mereka usahakan, tidak kiralah di dalam bidang makanan, perkhidmatan, pakaian mahu pun pelbagai jenis barangan yang lain. Pun begitu, tidak semua impian boleh menjadi kenyataan, sudah pasti ia memerlukan usaha yang gigih, masa yang mencukupi bagi mengecapi sesebuah ‘bahagia’ itu.

Jika ada orang yang perlukan masa sehingga 15 tahun untuk nama perniagaannya sentiasa jadi bualan masyarakat, tidak hairanlah jika perniagaan kita masih belum menemui jalan kejayaan jika baru setahun jagung. Sama lah seperti kisah seorang akak yang mengusahakan perniagaan nasi lemak sejak hujung tahun lalu.

Dulu jual nasi lemak bawah payung besar, kadang kala kena ‘angkut’ dengan Majlis Bandaraya. Walau bagaimanapun, nasi lemaknya sejak itu lagi ramai yang sudah meminatinya, sehingga membawa kepada satu jalan yang mengubah segala-galanya.

Image from: Dulu Niaga Bawah Payung Je, Hasil Usaha 15 Tahun Kini Akak Ini Jual 15,000 Bungkus Nasi Lemak Sehari

Ambil pinjaman Amanah Ikhtiar (AIM), kini jual 15,000 bungkus nasi lemak sehari

Lebih mesra dikenali sebagai Kak Saleha, beliau memulakan langkah mengembangkan bisnes nasi lemak itu dengan membuat pinjaman berjumlah RM3,000 dengan Amanah Ikhtiar (AIM). Berbekalkan pinjaman itu, Kak Saleha mengembangkan perniagaannya dalam tempoh 15 tahun dan membawa jualannya dari tepi jalan, ke restoran yang siap ada ‘central kitchen’ lagi.

Bukan itu saja, dia pun mula meningkatkan jumlah pekerja kepada puluhan pekerja dan jika asalnya hanya ratusan bungkus sehari, kini Kak Saleha berjaya jual 15,000 bungkus sehari. Sentiasa dibibir orang awam, sebut je Nasi Lemak Saleha, pasti ramai yang sudah mengenalinya.

Kisah kejayaan Kak Saleha ini berjaya membuktikan peniaga kecil-kecilan juga ada harapan untuk berjaya, tapi perlukan usaha gigih dan strategi yang betul. Kejayaannya kini membanggakan komuniti peniaga, dan bukan itu sahaja, YB Steven Sim juga menyatakan rasa bangga beliau terhadap figura hebat ini.

“Kak Saleha ini saya boleh panggil sebagai usahawan KUSKOP. Dia pernah dapat pembiayaan daripada AIM, sokongan SME Corp, pinjaman TEKUN dan tahu lalu turut menerima anugerah E50 dari SME Corp.

15,000 BUNGKUS NASI LEMAK SEHARI

Tambah YB Steven Sim lagi, anak Kak Saleha iaitu Dr Rizal yang bekerja sebagai doktor perubatan juga pernah hadir kursus di Institut Usahawan Negara (INSKEN), dan kini beliau sudah bergelar COO Nasi Lemak Saleha.

Jadi ‘Kak Long’ kepada usahawan-usahawan lain

Rentetan dari kisah kejayaannya dalam perniagaan, Kak Saleha sekarang dikenali sebagai ‘Kak Long’ kepada usahawan-usahawan AIM yang lain. Kisah kejayaannya juga akan menjadi rujukan dan inspirasi kepada peniaga lain untuk berani mengembangkan perniagaan.

Apa sasaran seterusnya untuk bisnes mereka?

Apabila YB Steven Sim bertanya kepada Dr. Rizal tentang apa sasaran seterusnya, Dr. Rizal memaklumkan bahawa mereka mengimpikan untuk menggandakan production. Ekoran itu, YB Steven Sim menyokong penuh hasrat itu dan telah mengarahkan agensi-agensi berkaitan untuk berbincang dengan Dr Rizal.

15,000 BUNGKUS NASI LEMAK SEHARI

Saya tanya lagi: What does it take to make it happen? Apa yang perlu dibuat untuk mencapai sasaran itu?

Dia kata mereka perlu pembiayaan mudah untuk mengembangkan fasiliti perniagaan.

Saya kata: Jalan Teruih! Let's go.

Saya sudah arahkan agensi-agensi KUSKOP untuk bincang dengan Dr Rizal bagaimana kita boleh bantu dia gandakan hasil, gandakan pendapatan bisnes keluarga mereka.

15,000 BUNGKUS NASI LEMAK SEHARI

Setiap perniagaan sudah pasti akan ada perit getirnya sendiri, namun kejayaan pastinya akan menyusul sekiranya seseorang individu itu terus berusaha tanpa memikirkan tentang kegagalan. Kisah Kak Saleha ini sentiasa mengingatkan kita termasuk YB Steven Sim sekali bahawa ramai usahawan yang hebat bermula dari langkah kecil.

Tambah YB, misinya di KUSKOP adalah untuk memastikan bisnes kecil jadi besar, bisnes besar jadi lebih besar. Apa yang diharapkan adalah Malaysia menjadi hub perniagaan yang hebat dan Jalan Teruihh untuk siap usaha mengembangkan segala bisnes.

View Original Article