“Dulu Saya Bagi Peluang, Tapi Kalini Takkan Bagi Muka” – Dituduh Ibarat Ular, Yuka Kharisma Mahu Ambil Tindakan

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 2:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu telah mendakwa penyanyi, Yuka Kharisma sebagai seorang individu yang suka memutar belitkan cerita atau fakta.

Ekoran itu, Yuka tampil memberitahu dia bakal mengambil tindakan susulan fitnah yang telah dilemparkan menerusi hantaran di Instagram Storynya.

image is not available

Dulu saya bagi peluang untuk tidak ambil tindakan sebab klien jenis macam ni tak nak faham pasal hak cipta lagu yang sudah tertulis di dalam invoice.

 

Tapi kali ini saya takkan bagi muka dan saya akan ambil tindakan yang keras terhadap fitnah melampau ni.

image is not available

Sebelum ini, Madammu telah mendedahkan sikap sebenar Yuka dan dipercayai mengulas tentang isu tular susulan pembatalan konsert penyanyi, Aisha Retno.

Menurut usahawan itu, dia tidak mengenali Aisha namun dia mengetahui sikap sebenar Yuka dan meminta mana-mana individu yang berurusan dengan penyanyi Indonesia itu untuk lebih berhati-hati.

image is not available

Kata Madammu, dia masih tidak berpuas hati dengan tindakan Yuka yang didakwa mengambil kesempatan atas dirinya sewaktu bekerjasama sebelum ini.

Yuka sebelum ini dipercayai pernah bekerjasama dalam penghasilan lagu tema untuk produk komestik milik Madammu iaitu ‘Noir Noir Noir’.

image is not available 5 days ago

Yuka Kharisma Tuntut Aisyah Retno Bayar Semula RM77,000