Dulu Spider Man, Sekarang Sam Altman – Andrew Garfield Bintang Utama Filem Mengenai OpenAI

TechnologyDigital
4 Jun 2025 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Andrew Garfield sebelum ini memegang watak Eduardo Severin, pengasas Facebook dalam filem The Social Network. Kini beliau akan memegang watak Sam Altman pula dalam filem Artificial yang diterbitkan oleh studio Amazon MGM. Filem akan mengikuti insiden Altman dipecat sebagai CEO OpenAI pada tahun 2023 sebelum berjaya merampasnya kembali daripada pegangan lembaga pengarah.

image is not available
Sam Altman

Selain Garfield, Monica Barbaro (Top Gun Maverick) dilaporkan akan memegang watak CTO Mira Murati, dan Yura Borisov (Anora) pula akan memegang watak ketua penyelidikan OpenAI Ilya Sutskever. Kedua-dua individu yang terlibat menyingkirkan Altman daripada OpenAI ini telahpun meninggalkan syarikat dan menubuhkan dua syarikat kecerdasan buatan sendiri. Filem akan diarahkan pula oleh Luca Guadagnino yang sebelum ini menghasilkan Challengers, Suspiria dan Call Me by Your Name.

Filem mengenai kemelut dalaman yang berlaku dalam syarikat teknologi kembali popular sejak sedekad yang lalu di Hollywood. Setakat ini filem serta siri TV mengenai Blackberry, Uber, Theranos dan WeWork telah diterbitkan dengan sambutan bercampur baur oleh penonton.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved