
Dulu Tak Suka, Sekarang Ayah Manjakan Si Bulus Macam Anak Sendiri
Kucing menjadi salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Walaupun kadang kala sifat nakalnya terserlah, si bulus itu tetap dianggap comel dan dibelai dengan penuh kasih sayang.
Kebanyakan orang akan menjaga dan merawat kucing sejak dari kecil lagi, membuatkan ia seperti sebahagian daripada ahli keluarga.
Dalam pada itu, pasti ada sesetengah ibu bapa yang pada awalnya tidak begitu gemar dengan kehadiran kucing di dalam rumah, namun lama-kelamaan kucing itu mungkin akan ditatang bagai minyak penuh oleh mereka.
Seperti seorang lelaki warga emas ini yang dilihat sangat memanjakan kucing peliharaannya.
BACA JUGA: “Basic Mahal Ni”, Kucing Pakai Baju Shell Perati Orang Isi Minyak Bikin Ramai Terhibur
Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya di TikTok @mimitheprince, lelaki itu pada awalnya dikatakan tidak berapa senang dengan kehadiran si comel itu.
Pun begitu, kucing tersebut kini mendapat layanan yang sangat baik. Bahkan, ia didukung, dibawa ke atas katil dan diselimutkan seperti anak sendiri.
@mimitheprince my dad loves kissing his little head <3 #catsoftiktok #cat #persiancat
@mimitheprince Replying to @Studio Roba i think he misses having a baby #cat #catsoftiktok #persiancat
♬ Slipping Through My Fingers – Declan McKenna
Perkongsian video itu mendapat perhatian ramai, dengan kebanyakan daripada netizen juga berkongsi pengalaman sama mengenai ibu bapa dan kucing mereka.
“Dia pegang kucing tu macam bayi baru lahir”
“Dah jadi anak kesayangan dia tu”
“Dah tahu dah harta pusaka nanti atas nama siapa”
“Cuba check surat wasiat, takut dah tukar nama kat dia dah ni”
“Saya rasa kucing tu anak kesayangan bapa awak”
“Puteri kecil ayah”
Sumber: mimitheprince
The post Dulu Tak Suka, Sekarang Ayah Manjakan Si Bulus Macam Anak Sendiri appeared first on Siakap Keli.



