Dulu Terkenal Dengan Watak Sutun, Pelakon Drama Ini Kini Seorang Pendidik, Masih Minat Pink!

5 Apr 2023 • 10:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebut je Sutun, mesti ramai dalam kalangan peminat drama tempatan mengenali karakter watak itu yang merupakan seorang lelaki lembut.

Dalam drama itu, Sutun yang dilakonkan oleh Ku Yusri Ku Rahman gemar mengenakan pakaian berwarna merah jambu membuatkan bapanya naik angin. Lakonan Ku Yusri yang bersahaja membuatkan drama itu popular sehingga muncul sekuel Sutun 2.

Dulu popular dengan watak Sutun

Terbaru, tular di TikTok video memaparkan pelakon itu yang kini merupakan seorang pendidik berada di bilik guru.

Apa yang menjadi perhatian adalah meja dihias cantik siap dengan alas berbulu merah jambu. Malah, barangan lain seperti jam dinding, frame gambar dan wallpaper juga bertona serupa.

Sehingga kini, perkongsian yang dibuat oleh akaun ciklebah7 itu mendapat lebih 1 juta tontonan. Katanya, Ku Yusri merupakan penyeri di bilik guru itu.

Berdasarkan perkongsian video, ‘Sutun’ kini sudah berubah penampilan dengan berkumis apabila bergelar seorang guru. Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan pengguna media sosial. Rata-ratanya terhibur dengan perwatakan bersahaja pelakon ini menjadi penyeri rakan-rakan di tempat kerja.

Kredit: TikTok ciklebah7

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved