Dulu tiada kawan, ibu & anak sambung belajar sama kursus kongsi momen indah di pentas konvokesyen

LocalEntertainment
19 Nov 2024 • 9:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang ibu dan anak sambung belajar sama kursus telah berjaya berkongsi momen indah di pentas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100, baru-baru ini.

Perkongsian daripada Siti Nur Fatihah Mohd Zamri itu telah menerima pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet.

Menerusi hantaran video dimuat naik di TikTok, Siti Nur Fatihah memaklumkan pada awalnya dia tidak mahu sambung belajar kerana sudah selesa bekerja.

“Dulu kita (Siti Nur Fatihah) tak nak sambung belajar sebab dah selesa kerja masa umur 19 tahun dan tak ada kawan nak sambung degree,”kongsinya.

image is not available

Sambung belajar sama kursus

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila ibunya, Surawati Rahimin sendiri mengajaknya untuk sambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bersama.

“Tapi, ibu kata, jom kita sambung belajar sama-sama barulah tak bosan,”kongsinya lagi.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam hantaran video itu juga jelas memaparkan kedua-dua beranak itu meraikan momen terindah mereka bersama di atas pentas penuh gah.

Di ruangan komen, Siti Nur Fatihah memaklumkan dia dan ibu juga pergi ke kelas bersama selain duduk bersebelahan.

@clumsytea_

Dulu kita tanak sambung belajar sbb dah selesa kerja masa umur 19 & tak ada kawan nak sambung degree. Tapi ibu kata, ibu kata jom kita sambung belajar sama2 baru lah tak bosan #uitm #konvouitm100 #uitmconvocation #uitmshahalam

♬ glue song sped up -

Tahniah buat kedua-dua mereka!

Sumber: TikTok clumsytea_