Dulu ‘Top Model’ & Terkenal, Kini Zahnita Wilson Hilang Beratus ‘Followers’ Sebab ‘Upload’ Video Tanpa Mekap? #TriviaNara

22 Aug 2023 • 4:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau anda anak kelahiran 90an mesti kenal dengan model tinggi lampai yang sering dilihat di papan iklan Jakel, Zahnita Wilson.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy binti Hussein Wilson juga merupakan wajah yang dikenali dan sering menghiasi majalah Nona, Pesona Pengantin dan macam macam lagi.

image is not available

Baru-baru ini, Zahnita berkata dirinya menerima kecaman ramai sehingga turut kehilangan beratus orang pengikut di Instagram kerana tidak memakai solekan.

Zahnita telah berkongsi satu video bersama anaknya di mana kanak-kanak itu menyindir gaya rambutnya dan ia membuatkan ramai pengikut unfollow model berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @zahnita

Selepas itu, Zahnita memuat naik video yang lain dan memaklumkan dia telah ‘bersiap’ dengan menyikat rambut, memakai bedak serta gincu di bibir.

Dalam pada itu, ramai yang memuji Zahnita kerana menjadi diri sendiri dan tidak kisah mempamerkan wajahnya tanpa secalit mekap atau filter.

image is not available

Rata-ratanya mengimbau kenangan zaman kegemilangan Zahnita menjadi top model dan dikenali ramai di Malaysia sekitar tahun 2000an.

Ingat lagi dulu kalau model Jakel atau baju pengantin mesti Zahnita. Suka selak majalah bahagian baju kahwin sebab nak tengok dia!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 months ago

(FOTO) Lama Menghilang Dari Dunia Hiburan, Ini 'Update' Terkini Penyanyi Juliana Banos - #TriviaNara