DUN Bandar Utama agih lebih RM53,000 kepada masjid, surau laksana program imarah

14 Apr 2023 • 3:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 14 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menyumbang lebih RM53,000 kepada empat masjid dan lapan surau sempena Ramadan.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan tersebut bagi membantu masjid dan surau menjalankan program imarah serta pelbagai aktiviti lain.

“Saya berharap pengurusan masjid dan surau dapat memanfaatkan sumbangan ini untuk menganjurkan program yang memberi manfaat kepada kariah setempat.

“Pejabat DUN Bandar Utama bersedia menjalin kerjasama bagi memastikan program yang dianjur berjalan lancar bukan sahaja pada Ramadan tetapi pada bulan lain juga,” katanya kepada Selangorkini

image is not available
Ahli Dewan Negeri (ADN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyampaikan sumbangan kepada jawatankuasa Musolla Damai pada Majlis Nuzul Al-Quran di Musolla Damai, Pangsapuri Damai, Petaling Jaya pada 8 April 2023. Foto Faceboook Jamaliah Jamaluddin