DUN Bandar Utama teruskan program Pro Komuniti 2.0

3 Mar 2023 • 3:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN

PETALING JAYA, 3 MAC: Program geran Pro Komuniti 2.0 Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama diteruskan tahun ini bagi memperkasa projek yang dijalankan oleh penduduk sebelum ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sejumlah RM10,000 diperuntukan pejabatnya tahun ini untuk program berkenaan.

“Kita beri peruntukan sehingga RM10,000 dengan keseluruhan RM 150,000 di bawah peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) dan tahun ini kali keempat geran ini dilaksanakan.

“Peruntukan (geran) ini kita tawar kepada semua jawatankuasa penduduk yang berdaftar,” katanya ketika ditemui pada program makan malam bersama media di Restoran Abah Seafood, di sini semalam.

Menurut Jamaliah, antara projek yang dijalankan penduduk seperti program kebun komuniti, menambah baik sistem keselamatan kawasan perumahan, program kitar semula seperti pengkomposan sisa makanan dan lampu solar.