DUN Hulu Kelang tawar kursus penyediaan makanan halal, daftar percuma

16 Dec 2022 • 11:54 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 16 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang membuka penyertaan kepada 50 peniaga dan penjaja dalam kursus penyediaan makanan halal pada 22 Disember ini.

Wakil rakyatnya berkata kursus berkenaan terbuka kepada peniaga gerai, pengusaha makanan dalam talian, penjaja, peniaga kantin, katering dan pekerja restoran di DUN berkenaan.

“Pendaftaran adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta sahaja dan mereka akan menerima sijil diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Program ini anjuran bersama pusat khidmat masyarakat DUN Hulu Kelang dan Yayasan Al-Moqni Malaysia ini,” kata Saari Sungib di Facebook.

Menurut Saari mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/kursuspenyediaanmakananhalal atau hubungi talian 013 284 7892 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Katanya, program berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, Jalan AU 2A, Taman Keramat bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved