DUN Hulu Kelang tumpu program belia, wujud pasukan sukarelawan

3 Feb 2023 • 2:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 3 FEB: Penganjuran program dan aktiviti melibatkan belia menjadi agenda utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

image is not available
Mohd Helmizan Abdul Karim

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakatnya berkata pihaknya merancang untuk mewujudkan pasukan sukarelawan melibatkan golongan terbabit.

“Selain itu kita akan bertemu dengan komuniti belia setempat untuk berbincang mengenai program-program yang akan dianjurkan seperti pertandingan sukan, program e-sukan.

image is not available
Anfaal Saari

“Kita juga akan menumpukan usaha membaik pulih kemudahan sukan dan infrastruktur menggunakan peruntukan wakil rakyat,” kata Mohd Helmizan Abdul Karim.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 2 Anfaal Saari berkata pihaknya menumpu untuk memperbanyakkan aktiviti atau program sukan untuk menarik penglibatan belia.

“Terbaru, kita anjurkan program tukar minyak hitam percuma dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor DUN Hulu Kelang,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved