
BEAUFORT: Status sifar miskin tegar membabitkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias memperlihatkan usaha kerajaan bagi pembasmian kemiskinan di Sabah mula menunjukkan hasil.
Adunnya Datuk Isnin Aliasnih berkata pencapaian itu hasil usaha berterusan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerusi agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).
Menurutnya, laporan E-kasih menunjukkan terdapat seramai 168 miskin tegar di Dun Klias pada tahun 2023 sebelum berkurang kepada 11 orang pada akhir tahun 2024 dan seterusnya sifar pada tahun ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Tahun ini 'kosong' (sifar) iaitu sudah tidak ada lagi rakyat miskin tegar di Dun Klias yang menunjukkan pelbagai usaha kerajaan bagi menangani isu ini menepati keperluan sewajarnya.
“Kerajaan beri banyak bantuan untuk pastikan golongan ini bebas dari garis kemiskinan kerana kita faham kesukaran mereka dengan pendapatan di bawah RM250 sebulan malah ada yang tiada rumah. Kita beri Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) dan turut masukkan mereka ke program Mini Estet Sejahtera (Mesej) bagi meningkatkan ekonomi dan alhamdulilah mereka kini berjaya keluar dari situasi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Klias di Dewan Pa' Musa pada Ahad.
Dalam pada itu Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata lima buah sekolah daif di kawasan berkenaan bakal dinaiktaraf membabitkan peruntukan kira-kira RM118 juta.
Katanya, sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, SK Takuli, SK Rancanga Klias, SK Pintas serta SK Kubu dan terbaru pembinaan bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dengan kos RM35 juta.
“Alhamdulilah suara saya didengar semasa membahaskan isu pendidikan di Perhimpunan Agung PGRS tahun lalu hingga kita mendapat peruntukan begitu besar bagi Dun Klias.
“Bukan itu saja Beaufort juga bakal menjadi antara daerah perindustrian di Sabah membabitkan satu kawasan seluas 5,000 ekar yang akan dibangunkan sebagai pusat industri. Apabila projek ini sudah bermula ia bakal memberi impak besar terhadap pembangunan dan ekonomi setempat khususnya di Dun Klias yang sewajarnya diambil peluang oleh masyarakat setempat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN17) Isnin yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PGRS Pusat berkata pihaknya sudah siap siaga untuk menghadapi PRN17 pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya semua jentera termasuk sayap pergerakan kiri dan kanan parti serta jentera di peringkat akar umbi juga telah diarahkan bersedia bagi memastikan kerusi Klias dipertahankan.
“Sokongan pengundi muda yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun terhadap kerajaan juga amat positif susulan pelbagai inisiatif dan bantuan disalurkan kerajaan secara terus kepada mereka.
“Antaranya bantuan pendidikan, bantuan rumah SMJ, bantuan kewangan serta banyak lagi yang sudah tentu memenuhi keperluan rakyat di semua peringkat,” katanya.



