
SHAH ALAM, 14 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik berbelanja RM13,000 bagi memeriahkan Pesta Pongal yang akan disambut masyarakat India.
Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata 200 keluarga di kawasan itu menerima bantuan berupa periuk tanah liat dan barangan makanan asas.
“Sumbangan ini untuk digunakan mereka yang bakal menyambut perayaan Pesta Ponggal ini bermula esok.
“Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat dan memberi kegembiraan buat mereka,” katanya ketika dihubungi.
Pesta Pongal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh etnik Tamil dan bertujuan memberi rehat kepada pesawah dan ternakan.
The post DUN Kota Anggerik belanja RM13,000 meriahkan Pesta Pongal appeared first on Selangorkini.
