MELAKA – Teka-teki mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terjawab apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan DUN negeri itu akan dibubarkan secara rasmi mulai 23 September 2026.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Ab Rauf menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan kedudukan semasa DUN serta mendapatkan perkenan pembubaran. (Astro Awani)
Menurut Ab Rauf, pembubaran itu dibuat berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Melaka.
View this post on Instagram
“Sukacita saya maklumkan Tun Mohd Ali perkenan bagi DUN Melaka dibubarkan berkuat kuasa esok 23 September 2026,” katanya dalam sidang media hari ini.
Perkembangan itu membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menjalankan proses seterusnya termasuk menetapkan tarikh berkaitan pilihan raya.
Sebelum pengumuman rasmi itu, tarikh pembubaran DUN menjadi perhatian selepas beberapa spekulasi tersebar sejak minggu lalu.
Pada 15 September, Pejabat Ketua Menteri Melaka menafikan dakwaan bahawa Ab Rauf dan Tun Mohd Ali telah menandatangani dokumen pembubaran DUN.
Pada 17 September pula, Ab Rauf berkata tarikh pembubaran masih belum ditetapkan dan beberapa urusan pentadbiran negeri perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Seorang Dah Meninggal Dunia, Tiga Pelakon Teater Persenda Rukun Negara Ditahan Polis
The post DUN Melaka Dibubar Esok, Laluan PRN Ke-16 Kini Terbuka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






